It's Snowing......
Monday 12 December 2011
Friday 28 October 2011
Rancangan P & P Bahsa Melayu tahun 5
Tarikh : 18 April 2011
Masa : 10.50 – 11.50 pagi
Tahun : 5 Hijau
Bilangan Murid : 36 orang
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tajuk : Sekolah Baharu, Kawan Bahasa
Pendekatan : Pembelajaran Masteri
Teknik : Lakonan dan perbincangan
Objektif : Pada akhir pelajaran murid akan dapat:
1. Menyusun maklumat mengikut urutan.
2. Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Pengabungjalinan Kemahiran :
Fokus Utama | Fokus Sampingan |
2.1 Bercerita dengan kata, frasa, ayat-ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. Aras 1 Memilih isi yang sesuai untuk menyampaikan sesuatu cerita. | 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan memahami perkara yang dibaca. Aras 1 Membaca perkataan, frasa dan ayat, yang mengandungi ayat tunggal dan majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul. |
Pengetahuan Sedia Ada :
1. Murid-murid telah mempelajari makna perbendaharaan kata di dalam teks.
2. Murid-murid telah mengenal pasti ayat tunggal dan ayat majmuk dalam perbualan.
Kemahiran Bahasa : Kemahiran Membaca
Sistem Bahasa : Kata nama am, kosa kata, sebutan dan intonasi.
Pengisian Kurikulum : 1. Ilmu – Pendidikan Moral dan Sejarah
2. Nilai murni – Baik hati dan berhemah tinggi.
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) :
1. Kemahiran berfikir – mensintesis dan menyusun atur
2. Pembelajaran kontekstual
3. Belajar cara belajar
Alat Bantu Mengajar (ABM):
1. Kad perkataan
2. Kertas sebak
3. My CD – Galeri multimedia dan pautan web
4. Buku teks
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Langkah /Masa | Isi Pelajaran | Aktiviti Guru | Aktiviti Murid | Catatan |
Set Induksi 5 minit | Sekolah Baharu, Kawan Baharu | 1. Guru memainkan MyCD untuk murid-murid. 2. Guru memberikan tunjuk ajar dan penilaian yang sewajarnya kepada murid-murid. | 1. Murid mendengar perbualan dengan teliti ( My CD ). 2. Murid-murid melakonkan perbualan. | Strategi pengajaran dan pembelajaran : Lakonan ABM : My CD, kertas sebak, kad perkataan. |
Langkah 1 10 minit | Sekolah Baharu, Kawan Baharu | 1. Guru memberi tunjuk cara dalam penyebutan perkataan yang terdapat dalam teks dengan sebutan yang betul. 2. Guru membetulkan sebutan yang salah. | 1. Murid menyebut perkataan yang terdapat dalam teks dengan sebutan yang betul. a. kolej b. elit c. nasionallisme d. pembelajaran e. mengisytiharkan | Strategi pengajaran dan pembelajaran : Perbincangan ABM : Buku teks |
Langkah 2 10 minit | Sekolah Baharu, Kawan Baharu | 1. Guru membaca teks dengan intonasi yang betul. 2. Guru menitikberatkan perenggan-perenggan yang hendak diberi perhatian. | 1. Murid mendengar bacaan guru dengan teliti. 2. Murid membaca teks dan murid lain membuat penilaian. | Strategi pengajaran dan pembelajaran : Perbincangan ABM : Buku teks |
Langkah 3 15 minit | Sekolah Baharu, Kawan Baharu | 1. Guru menjelaskan peristiwa penting tentang sejarah Kolej Melayu Kuala Kangsar. 2. Guru menitikberatkan tahun yang peristiwa tersebut berlaku. | 1. Murid menyusun peristiwa penting tentang sejarah Kolej Melayu Kuala Kangsar mengikut tahun. 2. Kemudian, murid menyampaikan jawapan kepada kelas. | Strategi pengajaran dan pembelajaran : Perbincangan ABM : Kertas sebak dan buku teks |
Langkah 4 15 minit | Sekolah Baharu, Kawan Baharu | 1. Guru mengulang kaji ayat tunggal dan ayat majmuk dengan murid-murid. 2. Guru mengarah murid-murid untuk memberikan contoh-contoh ayat tunggal dan ayat majmuk. | 1. Murid mengenal pasti ayat tinggal dan ayat majmuk daripada teks. 2. Murid menyenaraikan kata nama am daripada teks. | Strategi pengajaran dan pembelajaran : Perbincangan ABM : Buku teks |
Penutup 5 minit | Sekolah Baharu, Kawan Baharu | 1. Guru membahagikan murid-murid kepada tiga kumpulan. 2. Guru mengadakan pertandingan membaca teks di kalangan murid-murid. | 1. Setiap kumpulan murid membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul. | Strategi pengajaran dan pembelajaran : Perbincangan ABM : Buku teks |
Tarikh : 19 April 2011
Masa : 9.30- 10.30 pagi
Tahun : 5 Hijau
Bilangan Murid : 36 orang
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tajuk : Sekolah Baharu, Kawan Baharu
Pendekatan : Pembelajaran Masteri
Teknik : Soal jawab, perbincangan dan bercerita.
Objektif : Pada akhir pelajaran murid akan dapat:
1. Memilih perkataan yang sesuai untuk bercerita.
2. Menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
Pengabungjalinan Kemahiran :
Fokus Utama | Fokus Sampingan |
3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan kata, istilah,frasa, struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai. Aras 1 Mengemukakan maklumat dengan jelas dan tersusun. | 8.1 Membina dan menulis perkataan ayat tunggal dan ayat majmuk. Aras 1 Membina perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk berdasarkan topik yang berkaitan. |
Pengetahuan Sedia Ada :
1. Murid pernah menyertai aktiviti gotong-royong.
2. Murid juga telah mempelajari pelbagai diksi.
Kemahiran Bahasa : Kemahiran Menulis
Kemahiran Membaca
Sistem Bahasa : Kata nama am, kosa kata, sebutan dan intonasi
Pengisian Kurikulum : 1. Ilmu – Pendidikan Moral dan Sejarah
2. Nilai murni – Baik hati dan berhemah tinggi
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) :
1. Kemahiran berfikir – menyusun atur, menghubung kait, menjana idea.
2. Pembelajaran kontekstual
3. Belajar cara belajar
Alat Bantu Mengajar (ABM):
1. papan putih
2. gambar rajah Taman Sains
3. gambar rajah yang diperbesarkan
4. marker
5. buku teks.
6. lembaran kerja
7. buku latihan karangan.
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Langkah /Masa | Isi Pelajaran | Aktiviti Guru | Aktiviti Murid | Catatan |
Set Induksi 5 minit | Sekolah Baharu, Kawan Baharu | 1. Guru menanya tentang Taman Sains yang terdapat di sekolah. 2. Guru menilai tentang pandangan murid-murid. | 1. Murid menjawab tentang Taman Sains yang terdapat di sekolah. | Strategi pengajaran dan pembelajaran: Soal jawab ABM: Gambar rajah Taman Sains |
Langkah 1 10 minit | Sekolah Baharu, Kawan Baharu | 1. Guru mempamerkan gambar dalam buku teks halaman 5 yang telah diperbesarkan. 2. Guru memberikan lembaran kerja kepada murid-murid. 3. Guru menerangkan aktiviti-aktiviti yang terkandung di dalam lembaran kerja. | 1. Murid meneliti gambar ( buku teks halaman 5 ). 2. Murid menyenaraikan kerja yang dilakukan di Taman Sains. | Strategi pengajaran dan pembelajaran: Perbincangan ABM: Gambar rajah yang diperbesarkan, buku teks, lembaran kerja. |
Langkah 2 10 minit | Sekolah Baharu, Kawan Baharu | 1. Guru mengarahkan murid-murid untuk mengemukakan jawapan masing-masing. 2. Guru menilai jawapan murid-murid. 3. Guru membetulkan jawapan murid-murid yang kurang sesuai. | 1. Murid menyatakan kerja yang dapat dilakukan untuk membantu Egog dan rakan-rakannya di Taman Sains. | Strategi pengajaran dan pembelajaran: Perbincangan |
Langkah 3 15 minit | Sekolah Baharu, Kawan Baharu | 1. Guru mengulang kaji teknik-teknik membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan murid-murid. 2. Guru mencatatkan teknik-teknik membina ayat tunggal dan ayat majmuk di atas papan putih. 3. Guru mendorong murid supaya memberikan kata-kata penting dalam pembinaan ayat tunggal dan ayat majmuk. | 1. Murid membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan perkataan tersebut. | 1. Strategi pengajaran dan pembelajaran: Perbincangan ABM: Papan putih, marker. |
Langkah 4 15 minit | Sekolah Baharu, Kawan Baharu | 1. Guru membahagikan murid-murid kepada 6 kumpulan. 2. Guru meminta setiap kumpulan murid untuk memilih perkataan yang sesuai untuk menceritakan tentang aktiviti gotong-royong. 3. Guru meronda dan memberi tunjuk ajar yang sewajarnya. | 1. Secara berkumpulan, murid memilih perkataan yang sesuai untuk menceritakan tentang aktiviti gotong-royong. | Strategi pengajaran dan pembelajaran: Perbincangan ABM: Lembaran kerja. |
Penutup 5 minit | Sekolah Baharu, Kawan Baharu | 1. Guru mengarahkan murid-murid menulis perenggan karangan berdasarkan isi-isi yang telah dibincangkan. | 1. Murid bercerita tentang aktiviti gotong-royong tersebut. | Strategi pengajaran dan pembelajaran: Bercerita ABM: Buku latihan karangan. |
Subscribe to:
Posts (Atom)